KUALA LUMPUR, 1 Julai — Kerajaan hari ini membenarkan kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardu ain untuk diadakan di masjid serta surau bermula minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau.

“Masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum Solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini (3 Julai),” katanya pada sidang media berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here