PETALING JAYA,26 Julai: Seramai 839 individu yang pulang ke tanah air menjalani kuarantin wajib 14 hari di 6 stesen kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor sejak peraturan baru itu dikuatkuasakan Jumaat lalu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, individu itu pulang dari Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, China dan Australia.

“Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin, termasuk kos ujian saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 21 Julai lalu, kerajaan mengumumkan semua individu yang pulang ke tanah air wajib menjalani kuarantin 14 hari di institut latihan awam atau hotel ditetapkan dengan semua kos perlu ditanggung sendiri, tidak kira warganegara atau warga asing mulai Jumaat lalu.

Ismail berkata, polis akan menahan dan mendakwa individu yang belum tampil menjalani ujian saringan ke-2 Covid-19 pada hari ke-13 kuarantin rumah mulai esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here