KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Kerajaan memberi jaminan membela nasib rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di Singapura apabila syarikat di negara itu mula melakukan pembuangan pekerja berikutan terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Saravanan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Tenaga Manusia Singapura bagi membincangkan jalan penyelesaian terhadap kira-kira 400,000 pekerja Malaysia di negara itu.

“Kerajaan sentiasa membela nasib setiap rakyat yang bekerja di negara lain. Bukan sahaja di Singapura memandangkan kita sedang berada dalam krisis kesihatan (COVID-19). Maka kita (kerajaan) ambil langkah positif dalam menangani isu ini.

“Mereka boleh kembali ke Malaysia dan menjalani ujian saringan COVID-19. Kerajaan akan cari jalan terbaik untuk memberi peluang mereka cari kerja,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan P. Prabakaran (PH-Batu) mengenai usaha kerajaan membantu rakyat Malaysia yang hilang mata pencarian di Singapura berikutan penguncupan ekonomi republik itu disebabkan impak pandemik COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here