KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan masih dilaksanakan secara advokasi sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Wee berkata ia bagi memberi laluan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk mengkaji semula kesesuaian dari segi usia dan ketinggian serta satu pelan tindakan secara menyeluruh yang akan diumumkan kemudian.

“Bagi kami masa sehingga hujung tahun ini, kami kena lihat setakat apa, tahun apa (umur) jika ikut ketinggian 1.3 meter dan umur sudah 10 tahun, kalau ikut usia juga, ia akan bagi kesan kewangan kepada ibu bapa. 

“Dalam tempoh ini kami akan teliti, sehingga ada naratif dan advokasi yang cukup untuk melaksanakan peraturan ini,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (Bersatu-Libaran) berhubung sejauh manakah tahap pelaksanaan dasar CRS yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2020 dan adakah kementerian bercadang untuk meluaskan pelaksanaannya ke sektor pengangkutan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here