KUALA LUMPUR, 13 Ogos– Jumlah besar individu yang dikenakan tindakan akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia ingkar terhadap pematuhan  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 184 individu atas kesalahan ingkar PKPP dengan 135 dikompaun manakala 49 lagi direman.

“PDRM akan bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap mereka yang ingkar. Antara kesalahan ingkar PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka, operasi premis lebih masa, aktiviti pub dan melanggar SOP kuarantin wajib di rumah. 

“Task Force Operasi Pematuhan akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen di sini, hari. 

Katanya, menerusi Op Benteng, PDRM juga telah membuat 77 sekatan jalan raya semalam dan memeriksa 35,520 kenderaan serta menahan 14 warga asing atas kesalahan imigresen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here