TAWAU, 8 Sept: Polis menafikan pelaksanaan sekatan perjalanan masuk dan keluar bagi daerah Tawau serta Lahad Datu berkuat kuasa serta-merta selepas kes Covid-19 disahkan di daerah itu seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, berkata perkara itu tidak betul dan pihaknya belum menerima arahan berhubung sekatan perjalanan di kedua-dua daerah tersebut.

“Belum lagi, akan diputuskan dalam mesyuarat pagi ini bersama ketua menteri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Maklumat itu mendakwa berdasarkan statistik kes jangkitan Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, berkuat kuasa serta-merta, warga kerja tidak dibenarkan membuat perjalanan perniagaan atau perjalanan bukan perniagaan masuk dan keluar daerah Lahad Datu dan Tawau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here