KUALA LUMPUR, 15 Sept  — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan penduduk Sabah dan semua pihak yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu supaya sentiasa mengamalkan norma baharu kehidupan dengan lebih berdisiplin.

Perdana Menteri berkata susulan peningkatan kes baharu COVID-19 amat ketara di negeri itu khususnya di daerah Tawau dan Lahad Datu, penduduk di negeri itu perlu lebih berhati-hati.

“Kepada petugas-petugas pilihan raya, pastikan semua aktiviti kempen dijalankan mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Muhyiddin berkata demikian menerusi perutusan khas mengenai perkembangan semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen tempatan dan platform media sosial, malam ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here