PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan anggotanya dijangkiti Covid-19 selepas mencelup jari dengan dakwat ketika proses mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Selasa lalu.

“Maklumat yang tular di media sosial tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan, kebimbangan masyarakat serta mengganggu proses PRN Sabah.

“Individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih 19,000 pengundi pos layak mengundi awal sempena PRN Sabah.

Proses undi awal bagi berlangsung pada Selasa lalu manakala hari mengundi Sabtu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here