KUALA LUMPUR, 25 Sept — Pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuk Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lepas, dijangka memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi suku keempat 2020.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pakej-pakej yang diumumkan kerajaan iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang kesemuanya berjumlah RM305 bilion, dijangka menyumbang sebanyak 3.7 peratus hingga 4.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2020. 

Menurutnya, ini sekali gus akan meletakkan negara dalam kedudukan lebih baik bagi mencatat pemulihan ekonomi menjelang tahun 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here