KOTA KINABALU, 25 Sept — Saingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya tidak semestinya sesuatu yang baik kerana calon pilihan atau terbaik mungkin tersingkir, menurut penganalisis politik Dr Romzi Ationg.

Beliau berkata apabila muncul ada ramai calon, potensi untuk memecah undi akan berlaku dan calon yang tidak sesuai atau layak akhirnya akan menang.

“Rakyat tahu keadaan seperti itu tidak sihat walaupun mereka tidak dapat bersetuju dengan punca penyebabnya,” kata penyelidik politik dari Universiti  Malaysia Sabah (UMS) itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran 447 calon termasuk 56 calon Bebas merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan purata enam calon bagi satu kawasan pilihan raya.

Menurutnya pemecahan undi boleh membawa akibat lain seperti perpecahan, polarisasi pemilih serta meninggalkan kepahitan dan sikap tidak mempedulikan dan sinis.

Romzi berkata banyak calon merebut sesuatu kerusi DUN boleh menyebabkan dilema dalam kalangan pengundi dan calon.

“Calon akhirnya berfikir apakah mereka ini telah membuat langkah tepat untuk bertanding selepas melihat medan pertarungan yang begitu besar.

“Pengundi sebaliknya akan bertanya-tanya untuk memilih siapa, sama ada calon kegemaran masing-masing atau calon popular.

“Sekali lagi, mungkin ‘ekstremis’ boleh mengambil kesempatan daripada pembahagian undi antara dua calon ‘sederhana’,” katanya.

Romzi berkata dua jenis pemisahan suara — utama (sktrukur) dan sekunder (strategik).

“Pemisahan suara struktural terjadi kerana pengundi tidak dapat menzahirkan sokongan mereka terhadap calon manakala startegik berlaku apabila pengundi menyatakan kurang sokongan terhadap calon,”  katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok, dua gabungan parti terbesar – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan Plus serta lapan lagi parti bertanding dengan kerusi DUN Bengkoka menyaksikan pencalonan terbanyak iaitu saingan 11 penjuru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here