KUALA LUMPUR, 28 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu sistem maklum balas dari bawah ke atas diperkukuh bagi memastikan wujud persepaduan dan kerjasama dalam pembuatan dasar selain penyelarasan pelan tindak yang lebih baik bagi mengurangkan ketidaksepadanan di antara keperluan sebenar dan perancangan di kawasan bandar.

Perdana Menteri berkata ini penting bagi memahami keperluan pelbagai kumpulan rakyat ketika Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai sebuah negara yang pesat membangun.

“Tidak dapat dinafikan semua ini memerlukan usaha bersepadu kementerian dan agensi di peringkat nasional, negeri dan setempat untuk bekerja bersama ke arah kesepakatan dasar dan strategi  agar pertumbuhan pada masa depan berlaku secara lebih bertanggungjawab, bersepadu dan lestari,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada Forum Bandar Malaysia (MUF) 2020 bertemakan “ The Transformative Pathway and Actions To Deliver The Sustainable Agenda”, di sini hari ini.

Beliau berkata satu daripada cabaran tersebut ialah pertumbuhan populasi di kawasan bandar memandangkan 80 peratus atau 26 juta rakyat dijangka mendiami kawasan bandar pada 2030 berbanding 77 peratus sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here