PUTRAJAYA,Oct 19: Ahli majlis tertinggi Umno, Annuar Musa, memaklumkan Presiden Umno, Zahid Hamidi, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sudah bertemu dan berbincang, di sebalik perkembangan yang menyaksikan Umno mempertimbangkan semula sokongannya kepada Perikatan Nasional dan syarat baharu yang ia kemukakan untuk meneruskan kerjasama itu.

Annuar bagaimanapun berkata rundingan antara kedua-dua parti itu masih berjalan.

“Setakat saya tahu rundingan Umno-PPBM sedang berjalan. Presiden dengan presiden bertemu selalu, malam kelmarin ada pertemuan,” katanya kepada pemberita pada satu acara di Putrajaya hari ini.

“Saya yakin penyelesaian itu sebahagaian besar telah dicapai.”

Annuar ditanya sama ada Umno dan PPBM sudah mencapai kata sepakat berhubung syarat baharu itu.

PUTRAJAYA: Ahli majlis kerja tertinggi Umno, Annuar Musa, memaklumkan Presiden Umno, Zahid Hamidi, dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sudah bertemu dan berbincang, di sebalik perkembangan yang menyaksikan Umno mempertimbangkan semula sokongan kepada Perikatan Nasional dan mengemukakan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama itu.

“Setakat saya tahu rundingan Umno-PPBM sedang berjalan. Presiden dengan presiden bertemu selalu, malam kelmarin ada pertemuan,” katanya kepada pemberita pada satu acara di Putrajaya hari ini, ketika ditanya adakah Umno dan PPBM sudah mencapai kata sepakat berhubung syarat baharu itu.

Annuar turut memaklumkan rundingan antara kedua-dua parti itu masih berjalan.

“Saya sendiri baru lepas jumpa perdana menteri, malam tadi saya jumpa Najib Razak, malam sebelumnya saya duduk dengan Zahid, tiap-tiap hari sepanjang masa,” katanya.

“Saya yakin penyelesaian itu sebahagaian besar telah dicapai.”

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, memaklumkan partinya pertimbang menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional – keputusan yang mendapat sokongan sebulat suara 13 ketua Umno negeri – di sebalik laporan mengatakan parti Melayu itu sudah tidak berpuas hati dengan PN.

Perkembangan ini menyusuli pengumuman oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bahawa beliau mendapat sokongan secukupnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad juga memaklumkan Umno menetap syarat baharu kepada kerajaan, yang dipimpin Muhyiddin, untuk meneruskan kerjasama politik, dan kepada PAS, ia mencadangkan Muafakat Nasional didaftarkan sebagai gabungan yang sah.

Terdahulu di Twitter, Annuar memaklumkan Umno dan sekutu bakal muncul “lebih padu dan kuat”.

Diminta mengulas lanjut, Annuar menjelaskan ia membabitkan persiapan pilihan raya.

Berkenaan khabar angin sekitar rombakan Jemaah Menteri, Annuar menepisnya sebagai “cakap-cakap pinggiran”.

“Itu bukan perkara paling utama,” katanya.

Berkenaan surat sokongan kepada Anwar yang cuba dikaitkan dengan Zahid, Annuar berkata hal itu akan diperincikan dalam mesyuarat MKT Umno esok, dan setakat ini semua pihak perlu terima penafian oleh Umno.

“Tapi kalau kita bincang benda yang gagal tidak ada makna. Pada saya lebih baik pandang ke hadapan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here