LONDON, 19 Okt — Joe Biden berikar menyokong Ireland dan Perjanjian Good Friday Ireland Utara andai dipilih menjadi presiden, katanya dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Agensi Anadolu melaporkan kenyataan itu memperlihatkan Biden “sering bercakap mengenai bagaimana berasal daripada keturunan Ireland telah membentuk kehidupannya.”

Beliau yang menjadi calon presiden mewakili parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) mempunyai sejarah panjang menyokong rakyat Ireland dan perdamaian di Ireland Utara.

Biden dilaporkan akan menyokong penglibatan diplomatik AS untuk memajukan proses perdamaian Ireland Utara dan akan memastikan tiada perjanjian perdagangan AS-United Kingdom jika pelaksanaan Brexit boleh mengancam Perjanjian Good Friday. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here