KUALA LUMPUR, 20 Okt — Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual berlangsung di Janda Baik, Pahang, hari ini (20 Okt) ditangguhkan sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter semalam, memaklumkan walaupun mesyuarat itu dibuat di Pahang yang tidak dikenakan arahan PKPB, prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perjalanan rentas negeri memerlukan kebenaran pihak polis. 

“SOP MKN mengenai perjalanan rentas negeri di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis walau mesyuarat dibuat di negeri tiada PKPB.

“Kes COVID-19 yang makin tinggi juga sukarkan pertemuan 57 ahli Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara bersemuka,” katanya.

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Okt ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here