KOTA BHARU, 4 Nov — Ramai pemain dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) berharap Belanjawan 2021 dapat menyumbang kepada usaha menjana peningkatan perniagaan, sekali gus membantu negara menjana semula ekonomi dalam norma baharu susulan penularan pandemik COVID-19.

Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) Ahmad Muzakkir Hamid berkata belanjawan itu seharusnya lebih baik berbanding sebelumnya, semasa seluruh dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Sudah tentu  golongan peniaga IKS, usahawan micro memerlukan peruntukan khas bagi jangka hayat perniagaan mereka yang terkesan (akibat pandemik). Ia penting untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara berikutan ketika ini begitu banyak syarikat  yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerjaan dan kos operasi,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga diharapkan mempunyai kaedah untuk memberi diskaun kepada pelbagai bil utiliti seperti bil air dan elektrik, melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan pinjaman perniagaan seperti Tekun Nasional, Amanah Iktiar Malaysia (MARA) untuk peniaga IKS.

Beliau turut menyarankan supaya tempoh moratorium dilanjutkan, di samping satu kaedah dicari bagi memudahkan penjadualan semula pinjaman dengan kadar bayaran bulanan lebih rendah.

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here