PETALING JAYA,Dec 11:Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak perlu bersatu di bawah satu gagasan perdana untuk memastikan kemenangan pada pilihan raya umum ke-15, kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin.

Beliau berkata gagasan itu harus menggubal ‘Piagam Persefahaman Politik’ untuk menyakinkan rakyat bahawa ia menawarkan kestabilan politik kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar berkesan.

“Gagasan itu bakal menjulang wawasan dan aspirasi yang diperjuangkan oleh parti-parti politik yang bergabung di bawahnya, kata beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here