GEORGE TOWN, 1 Jan  — Penduduk Pulau Pinang yang menggunakan bas Rapid sebagai pengangkutan harian boleh menarik nafas lega selepas pas perjalanan tanpa had, Pas Mutiara My30 kini berkuat kuasa di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata pengguna pas Mutiara My30 itu boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang berulang kali tanpa had untuk tempoh 30 hari dengan hanya berbelanja RM30 untuk pas berkenaan.

“Saranan saya kepada warga negara Malaysia yang mendapat perkhidmatan Rapid Penang dan Rapid Kuantan untuk segera ambil peluang ini.

“Kami berharap jumlah penumpang untuk kedua-dua Rapid Penang dan Rapid Kuantan akan bertambah kerana kita akan mengenalkan aplikasi perancang perjalanan ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ (P.U.L.S.E) yang kami sasarkan untuk diperkenalkan buat Rapid Penang dan Rapid Kuantan pada pertengahan  pertengahan 2021,” kata Muhammad Yazurin dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Rapid Bus turut melancarkan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas Rapid Kamunting untuk perkhidmatan bas di sekitar bandar Kuantan dan Pekan yang juga berkuat kuasa hari ini.

Yazurin berkata aplikasi P.U.L.S.E. telah dilancarkan 17 Dis 2020 dan meliputi perkhidmatan MRT, LRT, monorel, BRT-Sunway dan bas-bas henti di bawah jenama perkhidmatan Rapid KL di ibu negara.

Beliau berkata Pas Mutiara My30 boleh dibeli di lapan kios Rapid Penang iaitu di Ibu Pejabat Rapid Penang, Terminal Bas Weld Quay (Terminal B), Terminal Bas Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Hab bas Bukit Jambul, Terminal Bas Balik Pulau, Terminal Bas Bukit Mertajam, Hab bas Kompleks Dato’ Kailan Kepala Batas dan Penang Sentral (Aras 1).

“Bagaimanpun, pembelian kali pertama akan dikenakan bayaran sebanyak RM40 iaitu bayaran RM5 untuk pendaftaran serta RM5 untuk harga kad berkenaan. Pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja untuk pembelian semula langgan seterusnya,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here