KUALA LUMPUR,7 Jan: Pendaftar Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran parti Dr Mahathir Mohamad, iaitu Pejuang.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi memaklumkan perkembangan itu kepada pemberita selepas prosiding semakan kehakiman Pejuang di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Kami menerima surat RoS lewat petang semalam yang memberitahu bahawa ia memutuskan untuk menolak pendaftaran kami.

“Oleh kerana semakan kehakiman ini berkait dengan ketiadaan tindakan RoS berhubung permohonan pendaftaran kami, maka ia kini tiada makna apa-apa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here