BEIJING, 22 Jan — Jumlah pelaburan langsung China di luar negara dicatatkan sebanyak USD132.94 bilion pada 2020,  menyaksikan pertambahan sebanyak 3.3 peratus, memetik statistik dikeluarkan Kementerian Perdagangan China bersama Jabatan Pentadbiran Mata Wang Asing China

Menurut statistik itu lagi, pelaburan langsung bukan kewangan pula berjumlah USD110.15 bilion.

Secara keseluruhan, pembangunan pelaburan China di luar negara dilihat positif dan stabil, manakala perkhidmatan penyumberluaran turut memperlihatkan perkembangan baik dengan buat julung kalinya mencatatkan lebih USD100 bilion.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng dalam taklimat media pada Khamis berkata, kerjasama pelaburan antara China dengan negara-negara yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berkembang stabil dan baik.

Gao berkata, jumlah pelaburan bukan kewangan syarikat China terhadap 58 negara yang terlibat BRI dicatatkan sebanyak USD17.79 bilion pada  2020 , menyaksikan peningkatan 18.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut statistik Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Milik Negara (SASAC), penghantaran petugas dan kelengkapan projek syarikat milik kerajaan di luar negara pada tahun lalu terjejas akibat impak penularan pandemik COVID-19.

Namun demikian, syarikat-syarikat tersebut komited meneruskan pembinaan projek-projek berkenaan sambil memaklumkan kali ini tiada projek yang akan terpaksa dihentikan akibat wabak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here