BEIJING, 11 Mac — Prestasi cemerlang dagangan luar China sejak awal tahun ini menjadi penyumbang utama kepada pemulihan perdagangan dan kestabilan rantaian pembekal global.

Profesor Madya Gu Qingyang dari Institut Polisi Awam Lee Kuan Yew, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), berpendapat kerajaan  China telah mengambil langkah membendung penularan wabak COVID-19 sambil melaksanakan pelbagai polisi sampingan yang berjaya menggalakkan daya pengeluaran firma pengeksport.

Selain itu, Gu berkata saranan China supaya rakyatnya menyambut Tahun Baru Cina tanpa pulang ke kampung masing-masing juga membantu aktiviti pengeluaran dapat dikekalkan, sekali gus menjadikan pesanan kontrak sangat aktif.  

Menurut data terkini Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, jumlah nilai dagangan luar kargo China mencatat RMB5.44 trilion (RM3.42 trilion) pada dua bulan pertama tahun ini, meningkat 32.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Gu menambah negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang memulakan proses vaksinasi secara besar-besaran pula memacu kegiatan penggunaan dan pengeluaran yang sekali gus menyebabkan peningkatan permintaan terhadap barangan buatan China.

Untuk rekod, pada dua bulan pertama tahun ini, kesemua rakan dagang utama China menyaksikan peningkatan perdagangan yang ketara.

Ia menggambarkan hubungan dagangan dengan China melalui rantaian pengeluaran dan pembekal sedang beransur pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here