KOTA KINABALU, 15 Mac: Kerajaan Sabah membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai seperti selam skuba, selam snorkel dan memancing mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk dengan kapasiti 50% berkuat kuasa mulai hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata ia pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

“Muatan penumpang bagi bot laju terbuka dan tertutup yang membawa individu untuk aktiviti rekreasi laut dan sungai juga dibenarkan mengikut kapasiti tertakluk kepada penjarakan fizikal satu meter antara penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, 39 kes baharu positif dilaporkan pada Ahad, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah sebanyak 53,903 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here