BEIJING, 6 April — Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Selasa mengeluarkan kertas putih berhubung usaha China membasmi kemiskinan.

Kertas putih itu merumuskan perjuangan rakyat China dalam mengatasi masalah kemiskinan, di samping sumbangannya kepada dunia.

Menurut kertas putih itu, kejayaan membasmi kemiskinan mutlak yang dicapai pada akhir 2020 melakar sejarah khususnya kepada kawasan desa China, selain memacu pembangunan tempatan secara menyeluruh.

Ia sekali gus meletakkan asas kukuh kepada pembangunan China ke arah negara sosialis yang moden.

Kertas putih itu juga menyebut, China berjaya merealisasikan matlamat membasmi kemiskinan sepuluh tahun lebih awal berbanding sasaran Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara ini bukan sahaja signifikan bagi pembangunan China, malah merupakan satu sumbangan penting kepada pembangunan manusia, khususnya dalam perjuangan mengatasi kemiskinan.

Menurut laporan Bank Dunia, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan China akan membantu 7.6 juta rakyat di negara-negara terlibat keluar dari belenggu kemiskinan tegar.

Selain itu, China juga proaktif melaksanakan program kerjasama antarabangsa bagi mengurangkan kemiskinan, termasuk program bantuan teknologi di kawasan luar bandar Laos, Kemboja dan Myanmar, yang menjadi contoh usaha membasmi kemiskinan di rantau Asia Timur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here