KUALA LUMPUR, 15 April  — Sumbangan khemah secara percuma kepada peniaga di Parlimen Titiwangsa akan dilakukan secara berfasa bagi membantu mereka memulakan perniagaan termasuk di bulan Ramadan, kata Ahli Parlimennya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata buat permulaan sebanyak 100 khemah disumbangkan antaranya kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Tawaran pemberian khemah percuma ini saya telah muat naik dalam media sosial saya pada 5 April lepas dan tidak menyangka ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Insya-Allah akan ada lagi fasa kedua dan diharap usaha ini sedikit sebanyak membantu mereka supaya dapat bangkit semula selepas terjejas kesan pandemik COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas sesi penyerahan khemah di Desa Pandan, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here