KOTA KINABALU, 5 Mei – Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah berpotensi untuk dijadikan platform penggerak keusahawanan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedict. 

Beliau berkata KUSKOP telah memperkenalkan program dua dalam satu menerusi penganjuran pesta Kamaatan yang diadakan di seluruh pelosok negeri Sabah untuk memberi lebih banyak manfaat kepada para pengunjung.   

Menurutnya sempena sambutan Pesta Kaamatan itu beberapa agensi di kawah KUSKOP dijemput untuk memberi ceramah dan penerangan mengenai fungsi agensi masing-masing, khususnya berkaitan dengan keusahawanan dan koperasi.

“Justeru saya berharap Kaamatan ini bukan hanya sebagai platform untuk rakyat Malaysia di Sabah meraikan kepelbagai budaya, bahasa, pakaian dan makanan tradisional tetapi juga menggerakkan  keusahawanan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Ewon berkata para pengunjung yang memperoleh maklumat daripada daripada agensi-agensi berkenaan akan dapat membantu mereka untuk menjadi usahawan atau menubuhkan koperasi.

Pesta Kaamatan 2024 dilancarkan pada 1 Mei lepas di Ranau dan akan berakhir dengan majlis penutup di Penampang pada 31 Mei ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here