KUCHING, 2 Mei — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di lima rumah panjang di Mukah selama 14 hari bermula esok, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia membabitkan Rumah Panjang Luni anak Jugah, Rumah Panjang Jali anak Empaling dan Rumah Panjang Lanyau anak Tuli.

“Turut dikenakan PKPD adalah Rumah Panjang Manna anak Mulok dan Rumah Panjang Nelson Chuat anak Glong,” menurut JPBN.

Hari ini, Sarawak mencatatkan 587 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu iaitu Kluster Sungai Tengah di Bau, Kluster Sungai Sebemban di Bintulu dan Kluster Sebujok di Sri Aman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here