KUCHING, 5 Mei  — Persoalan jenama atau vaksin COVID-19 mana yang lebih baik tidak seharusnya timbul terutamanya ketika negara sedang berdepan situasi getir untuk mengekang penularan wabak itu, kata Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (SDDMC) Dr Annuar Rapaee.

Beliau berkata sebaliknya, semua pihak perlu memanfaatkan apa sahaja jenis vaksin yang diperoleh kerajaan ketika ini kerana secara amnya vaksin bertujuan memberikan perlindungan kepada individu dan masyarakat keseluruhannya.

“Saya selalu katakan bahawa jika ditanya vaksin mana yang terbaik, (jawapan saya) adalah vaksin pertama yang kita boleh dapatkan tanpa mengira jenis.

“Dalam keadaan pandemik, kita bukan sahaja mahu memutuskan rantaian jangkitan tetapi untuk mewujudkan herd immunity, ini yang paling penting,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Bapa di sini, hari ini.

Dr Annuar berkata kerajaan persekutuan dan negeri akan memberikan vaksin COVID-19 yang terbaik buat penduduk negeri Sarawak.

Terdahulu, Dr Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di wisma itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here