SHANGHAI, 9 Mei   — Pihak berkuasa Shanghai memperkasakan lagi program inokulasi COVID-19 dengan menambah sejumlah pusat vaksinasi bergerak untuk memastikan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin.

Setakat Sabtu, lebih 18 juta dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di Shanghai.

Selain itu, unit inokulasi bergerak telah dikerahkan ke kawasan komuniti di daerah Putuo untuk memberi perkhidmatan suntikan vaksin kepada penduduk tempatan.

Menurut petugas pusat pemvaksinan bergerak, Liu Defang kemudahan berkenaan menawarkan perkhidmatan 24 jam untuk memudahkan penduduk menerima suntikan. 

Perkhidmatan sama dijangka diperluaskan di lebih banyak tempat awam di bandar raya itu termasuk kampus universiti dan wisma.

Shanghai setakat ini telah mendirikan 70 buah pusat pemvaksinan sementara berskala besar, 218 pusat pemvaksinan di kawasan komuniti serta 57 unit bergerak. 

Secara keseluruhan, ia mampu memvaksin sebanyak 740 ribu dos dalam masa sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here