KUALA LUMPUR, 16 Mei  — Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Kedah, serta Ulu Lepar di Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 hingga 31 Mei ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya di sini hari ini berkata PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah melibatkan sembilan lokaliti.

Beliau berkata lokaliti yang terlibat di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah ialah Taman Mahsuri 2A, Taman Mahsuri 2B, Taman Mahsuri 2C, Pusat Perniagaan Bandar Barat, Kampung Paya Kerchut, Taman Tunku Anum, Kampung Lubuk Kawah, Taman Desa Tanjung dan Taman Desa Darul Aman Mukim Naga.

Katanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 207 ujian saringan di semua lokaliti di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah dan 94 daripadanya disahkan positif COVID-19, manakala di Ulu Lepar lapan kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM juga melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti terlibat,” katanya.

Ismail Sabri turut memaklumkan penamatan PKPD di Windmills Condominium, Genting View Resorts dan Apartment Mawar, Genting Highlands, Bentong, Pahang hari ini. 

PKPD di kawasan berkenaan ditamatkan lebih awal daripada dijadualkan pada 23 Mei selepas KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“KKM telah melakukan 237 ujian saringan di lokaliti berkenaan dan tujuh daripadanya disahkan positif COVID-19,” katanya.

Beliau juga berkata 639 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard semalam, dengan 586 individu dikompaun manakala 53 lagi direman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here