BEIJING, 23 Julai — China komited terus membantu Myanmar dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 seawal mungkin, di samping mengelakkan penularan wabak rentas sempadan.

Konsul Jeneral China ke Mandalay, Chen Chen menyatakan, pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk memperlicin kolaborasi kedua-dua negara dalam usaha tersebut.

Ketika berucap dalam sesi perkongsian pengalaman melawan COVID-19 secara maya pada Khamis, beliau berkata selepas pandemik itu membadai Myanmar, China antara yang paling awal menghulurkan bantuan.

Selain menyalurkan bekalan peralatan perubatan, China turut mengerahkan pasukan pakar dan membantu negara itu membina makmal ujian asid nukleik.

“Kesemua ini mencerminkan kekukuhan ikatan persahabatan Pauk-Phaw antara kedua-dua negara yang ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’,” ujar Chen.

Sementara itu, wakil Myanmar merakamkan penghargaan atas bantuan disalurkan China termasuk mendirikan hospital sementara dan membekalkan vaksin serta bahan-bahan kegunaan melawan wabak.

Beliau turut menyifatkan sumbangan sejumlah besar peralatan oksigen dan produk perubatan ke kawasan utara Myanmar membantu meringankan keperluan mendesak penduduk tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here