KUALA LUMPUR, 15 Sept  — Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata pakej itu bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet serta memiliki peranti pintar mampu milik terutamanya golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan rakyat negara ini.

Beliau berkata pakej diskaun itu akan bermula 15 Okt depan, berlangsung selama enam bulan dan tempoh pelanjutan dibincang sebelum dua bulan tamat promosi.

“Di bawah Pakej Remaja Keluarga Malaysia, ia adalah pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah. Dengan hanya RM10 sebulan (dibayar untuk tiga bulan sebanyak RM30), mereka akan mendapat data 20GB untuk tiga bulan. 

“Turut diberikan data 1GB (jumlah 90GB) percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had. Dengan pakej ini, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej dan melayari Internet,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here