KUALA LUMPUR, 18 Okt  — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.

SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) COVID-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.

Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari semasa ke semasa. 

Terdahulu, SPR dalam satu sidang media mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 Nov dan pengundian awal pada 16 Nov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here