MELAKA, 13 Jan  — Keadaan Banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat, Jasin ditutup pada 7 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS itu sebelum ini menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Lanchang. 

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan tersebut surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Secara keseluruhan, sebanyak 23 PPS dibuka sejak 1 Jan lepas bagi menempatkan 2,744 orang daripada 696 keluarga dari daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here