SIBU, 13 Jan — Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19-Booster (CITF-B) Bahagian Sibu menggesa semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac berumur 18 tahun dan ke atas supaya mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari depan.

CITF-B Bahagian Sibu menerusi kenyataan memaklumkan ia bagi memastikan status vaksinasi lengkap mereka tidak bertukar menjadi tidak lengkap sehingga menyebabkan mereka tidak layak untuk menerima kemudahan seperti diberikan kepada penerima dos lengkap (dos penggalak) vaksin COVID-19.

“Bagi penerima dos lengkap jenis vaksin siri primer selain Sinovac juga digalakkan mendapatkan dos penggalak secara jumpa terus atau janji temu MySejahtera bagi memudahkan urusan anda yang melibatkan pergerakan ke sesuatu tempat.

“Anda akan diberikan vaksin dos penggalak berdasarkan syor Jawatankuasa Kerja Teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia,” menurut CITF-B.

Bagi memudahkan orang ramai, dua pusat pemberian vaksin (PPV) (dos penggalak) telah diwujudkan iaitu Dewan Suarah Sibu yang beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang bermula 10 hingga 24 Jan dan Pasar Sentral Sibu dari 9 pagi hingga 3 petang pada 15 dan 16 Jan dengan kehadiran adalah secara jumpa terus atau janji temu MySejahtera.

Selain itu, pihak swasta juga ada membantu dalam menyediakan perkhidmatan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 seperti PPV Integrasi Universiti Teknologi Sibu (hingga 31 Jan), PPV Hospital Swasta Rejang Medical Centre, PPV Hospital Swasta Sibu Specialist Medical Centre, Low’s Medical Clinic, Dr Herbert Loi’s Clinic, PMG’s Clinic, Rejang Medical Clinic, Ting Ee’s Clinic, Ting KT Specialist Clinic, Lau Hung’s Clinic dan Dr Ling FMS Clinic.

Penerima dos penggalak dikehendaki membawa bersama kad pengenalan, kad vaksin dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here