KUALA LUMPUR, 30 Jan — Sebanyak 11,809,467 individu dewasa atau 50.4 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, bagi tempoh sama, seramai 22,923,709 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, manakala 99.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,787,642 atau 88.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,867,448 atau 91.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 97,300 dos vaksin diberikan melibatkan 732 dos pertama, 898 dos kedua dan 95,670 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,384,672 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), lima kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan masing-masing satu kematian di Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here