KUALA LUMPUR, 30 Jan — Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyertai minggu ke-18 Ekspo 2020 Dubai di Emiriah Arab Bersatu mulai hari ini hingga 5 Feb, menurut Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata delegasi KeTSA disertai pegawai kementerian dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) selaku agensi pelaksana serta 13 syarikat tempatan berkaitan sektor tenaga atau sumber asli yang bertaraf industri kecil, sederhana dan multinasional.

“Pemain-pemain industri ini akan mempromosikan perkhidmatan dan produk masing-masing di samping meneroka dan mengembangkan peluang kerjasama perniagaan dan pelaburan dengan pihak-pihak yang turut menyertai ekspo ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sepanjang minggu ke-18 ini, menurut Takiyuddin, KeTSA telah mengatur pelbagai program meliputi pameran berbentuk digital, sesi perkongsian maklumat perniagaan, sesi pembentangan idea, sesi padanan perniagaan dan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here