BEIJING, 16 Mac — China menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah pelbagai negara serta mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

Beliau berkata China akan berusaha untuk menggalakkan dialog antara pihak-pihak terlibat demi kedamaian, dan berharap masyarakat antarabangsa dapat menyokong rundingan damai antara Rusia dan Ukraine, sekali gus meredakan situasi secepat mungkin.

“Adalah penting untuk memperbetulkan sejarah isu Ukraine, mengambil cakna terhadap punca permasalahan serta memberi respons kepada kebimbangan yang disuarakan oleh setiap pihak.

“Pihak berkaitan juga perlu bertenang, melindungi rakyat jelata agar mencegah berlakunya krisis kemanusiaan secara besar-besaran,” kata Zhao ketika diminta mengulas isu Ukraine dalam satu sidang media di sini, pada Selasa.

Beliau berkata China turut menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Ukraine dan membantah sebarang khabar angin yang cuba memutarbelitkan serta menjejaskan imej China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here