KABUL, 28 Mac — Afghanistan menerima sumbangan kemanusiaan daripada Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan China dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), di sini, pada Ahad.

Antara barang bantuan itu lebih 2,400 khemah kecemasan, 7,400 kit barang bantuan termasuk peralatan dapur, karpet pemanas dan tangki gas serta 20,000 beg sekolah bernilai US$2 juta (RM8.4 juta).

Duta China di Afghanistan, Wang Yu ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan sumbangan itu berkata Afghanistan yang menghadapi kesukaran dalam aspek kemanusiaan dan ekonomi memerlukan bantuan segera dari pelbagai pihak.

“Dalam hal ini, PBB disokong untuk terus berperanan, dan dialu-alukan mengeluarkan seruan kecemasan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan.

“China secara aktif membantu rakyat negara itu dengan menyumbang makanan, ubat-ubatan dan barang keperluan untuk musim sejuk serta turut mengimport kacang pain dari Afghanistan yang bernilai US$22 juta (RM92.4 juta),” kata Wang.

Sementara itu wakil UNHCR di Afghanistan, Yumiko Takashima turut menzahirkan pengharagaan atas bantuan kemanusiaan China.

“Situasi kemanusiaan negara ini semakin buruk, dan penduduk setempat menghadapi krisis hidup yang serius.

“Oleh itu, bantuan dari China akan memberi manfaat besar kepada lebih 90,000 pelarian dan pelajar sekolah yang kehilangan tempat tinggal di wilayah Afghanistan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here