NEW YORK, 23 April — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.

Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat kerja dan menghadiri jamuan tengah hari dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric.

“Setiausaha Agung itu berkata, pada masa yang mencabar dan berisiko ini, beliau ingin membincangkan langkah-langkah segera untuk mewujudkan keamanan di Ukraine dan masa depan multilateralisme berdasarkan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

“Beliau berkata Ukraine dan Rusia adalah ahli pengasas PBB dan sentiasa menjadi penyokong kuat organisasi itu,” kata jurucakap itu.

Guterres pada Selasa menggesa agar gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Ukraine bagi membolehkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan ketika semasa perayaan kristian ortodoks.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here