KOTA BHARU, 1 Mei — Kerajaan Negeri Kelantan hari ini bersetuju mengubah hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei ini (Rabu).

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja   Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei  sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here