KANGAR, 9 Mei – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail untuk menyempurnakan Taman Rekreasi MADANI di negeri itu yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata Tuanku Syed Sirajuddin bertitah agar diwujudkan Taman Rekreasi MADANI di Perlis demi manfaat penduduk tempatan dalam pertemuan selama dua jam selepas baginda berkenan menerima menghadap beliau semalam.

“Keprihatinan Tuanku dalam pembangunan Taman Rekreasi MADANI ini mencerminkan iltizam bagında terhadap kelestarian alam dan kesejahteraan hidup khususnya rakyat di negeri Perlis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata semasa sesi menghadap itu, beliau turut meyembah maklum Kad Laporan KPKT bagi tahun 2023 kepada Tuanku Syed Sirajuddin dan baginda berpuas hati dengan prestasi cemerlang kementerian berkenaan dalam menyokong hasrat Malaysia MADANI yang bersatu-padu, progresif, makmur serta sejahtera.

Turut berkenan berangkat pada sesi itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here