BEIJING, 2 Mei — Perkkhidmatan terus kapal kargo “China Express” yang membawa barangan dari China tiba di Pelabuhan Liverpool, Britain pada Ahad. 

Perkhidmatan kendalian syarikat Allseas Global Britain itu dilancarkan pada April 2021, bertujuan menangani impak akibat pandemik COVID-19 terhadap rantaian bekalan global, di samping menjamin bekalan barangan China di pasaran Britain.

Setakat ini  perkhidmatan perkapalan terus antara Pelabuhan Liverpool dengan Shanghai itu telah menghantar lebih 60,000 kontena, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 200 syarikat tempatan Britain.

Datuk Bandar Sefton, Clare Louise Carragher berkata syarikat Allseas Global akan mengambil lebih 100 pekerja kerana peningkatan urus niaga perkhidmatan “China Express” itu. 

“Perkhidmatan laluan perkapalan itu memberi manfaat yang besar kepada pembangunan ekonomi tempatan dari segi pengambilan pekerjaan dan pertukaran teknologi. Ini adalah amat diperlukan,” kata Carragher.

Beliau berkata akibat rantaian bekalan terputus semasa pandemik, banyak syarikat menghadapi kesukaran dalam urus niaga dan perkhidmatan terus itu banyak membantu syarikat tempatan menangani krisis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here