RIYADH, 5 Jun — Kumpulan pertama jemaah haji asing tiba di Arab Saudi pada Sabtu, buat julung kalinya sejak penularan pandemik COVID-19.

Kumpulan 358 jemaah haji dari Indonesia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di kota suci Madinah, lapor Agensi Anadolu memetik laporan agensi berita negara SPA.

Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya kepada jemaah domestik sejak dua tahun lalu berikutan pandemik. Seramai 60,000 jemaah menunaikan haji tahun lalu berbanding sekitar 2.5 juta pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here