Bertepatan dengan lawatan rasmi yang bakal diadakan Presiden China, Xi Jinping di Hungary, “Classic Quotes by Xi Jinping” edisi antarabangsa buatan Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan di Stesen Televisyen Negara Hungary bermula 8 Mei waktu tempatan.

Sementara itu, previu dan promosi program tersebut disiarkan di pelbagai platform media perdana negara itu bermula 4 Mei waktu tempatan.

“Classic Quotes by Xi Jinping” edisi antarabangsa yang berkisar pada topik kemakmuran bersama dan pembangunan hijau, mencerminkan kebijaksanaan, anjakan dan tujahan Xi dalam bidang politik, kebudayaan dan sejarah melalui rakaman suara asli dalam ucapannya ketika memetik cerita klasik dan menghuraikannya dari sudut antarabangsa, dan juga menunjukkan pencapaian cemerlang dalam modenisasi ala China yang berlatarbelakangkan kebudayaan tradisional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here