COLOMBO, 13 Julai — Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di Maldives awal Rabu, lapor Xinhua, memetik media Maldives.

Rajapaksa sebelum ini memaklumkan kepada speaker Dewan Parlimen bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden pada Rabu.

Sri Lanka yang dahulunya makmur kini berdepan krisis ekonomi yang teruk sehingga membawa kepada rusuhan besar-besaran.

Speaker Parlimen Mahinda Yapa Abeywardena berkata pemimpin parti politik telah memutuskan untuk memilih presiden baharu melalui undian di arlimen pada 20 Julai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here