PUTRAJAYA, 30 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sambutan Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang diadakan bagi memperingati perjuangan kebebasan yang dikecapi Keluarga Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara sendiri setelah dijajah kuasa asing.

Melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya di sini hari ini, Ismail Sabri berkata walaupun tidak lagi dibelenggu penjajah, namun Keluarga Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran yang datang dari luar yang boleh menggugat keharmonian yang terjalin selama ini.

Beliau berkata pandemik COVID-19 merupakan cabaran paling besar kepada Malaysia dan seluruh dunia sejak dua tahun lepas, namun Malaysia  dapat mengharunginya dengan baik disebabkan tindakan dan langkah-langkah tegas yang diambil kerajaan dalam menanganinya.

“Kini, kita dalam fasa peralihan ke endemik dan tanda-tanda pemulihan ekonomi kelihatan menjadi nyata dan Keluarga Malaysia mula kembali menikmati kesejahteraan hidup seperti sediakala,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here