BEIJING, 10 Ogos — “Musim Kehidupan Hijau”, aplikasi telefon pintar khusus untuk aktiviti mesra alam pertama di Beijing dilancarkan di sini, pada Rabu.

Aplikasi itu ialah platform utama bagi penduduk Beijing untuk mengambil bahagian dalam usaha mengurangkan pencemaran dan pelepasan karbon.

Setiap individu terlibat akan diberikan ‘buku akaun’ karbon peribadi serta bakal memperoleh ganjaran selepas melakukan aktiviti hijau dan rendah karbon.

Sebagai platform aktiviti karbon umum di Beijing, aplikasi tersebut terdiri lapan bahagian, termasuk kehidupan hijau, kredit karbon hijau dan perjalanan hijau.

Aktiviti hijau seperti menunggang basikal, menggunakan kereta tenaga baharu, tidak menggunakan peralatan makan pakai buang, dan membeli peralatan rumah jimat elektrik akan direkodkan dan diberikan mata yang kemudian boleh ditukar kepada ganjaran.

Pada masa hadapan, orang ramai juga akan menerima insentif kebajikan awam, perniagaan dan dasar, atau menjadi asas untuk kredit hijau peribadi.

Aplikasi itu membolehkan semua individu mengambil bahagian dalam merealisasikan matlamat sasaran puncak pelepasan karbon dan neutral karbon di bandar Beijing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here