BEIJING, 22 Ogos — Minggu Sains Teknologi Kebangsaan 2022 yang juga dikenali Minggu Sains Teknologi Beijing membuka tirainya pada Sabtu sehingga 27 Ogos dan dijadual berlangsung di Taman Hutan Lyuxin, daerah Tongzhou.

Sempena acara itu Jabatan Penghijauan Taman Beijing akan memperlihatkan pencapaian terkini dalam inovasi sains teknologi penghijauan taman dengan menganjurkan pelbagai acara termasuk pameran, simulasi latar, imej gambar dan video, interaktif dan pentafsiran profesional. 

Selain itu pelbagai aktiviti akan diadakan untuk mempergiat pencapaian matlamat neutral karbon, kepelbagaian biologi dan pembinaan penghijauan saintifik secara berkualiti tinggi.

Penduduk bandar juga boleh membeli pelekat “neutral karbon” dengan harga RMB300 (RM197), di samping berpeluang menanam lapan anak pokok di tapak yang ditetapkan.

Menurut pengiraan, jumlah pelepasan karbon yang dihasilkan oleh sebuah kereta dalam masa setahun (kira-kira 11,000 kilometer) mampu dineutralkan oleh lapan batang pokok dalam masa 20 tahun.

Untuk memudahkan penduduk bandar menyertai “neutral karbon”, Kempen 100 Taman “Neutral Karbon” turut dianjurkan.

Pengunjung boleh mengakses maklumat pelepasan karbon dalam kehidupan harian melalui kemudahan “kompas pengiraan tapak kaki karbon” yang disediakan di 100 taman di seluruh bandar Beijing.

Antara tarikan lain ialah pengunjung boleh menanam pokok secara dalam talian melalui aplikasi telefon pintar bagi mengetahui berapa batang pokok perlu ditanam untuk meneutralkan pelepasan karbon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here