KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan juara Masters Malaysia 2022 Chico Aura Dwi Wardoyo pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun hari ini. 

Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan pemain Indonesia yang berada pada ranking ke-35 dunia 21-16,21-10 dalam kejohanan berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium. 

Esok pemenang perak pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu akan turun menentang pemain Thailand Sitthikom Thammasin yang bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan pilihan ke-13 kejohanan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 13-21, 21-16, 21-13, pada pusingan kedua. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here