PUTRAJAYA, 25 Ogos — Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal dalam lingkungan 3,000 kes lima hari berturut-turut dengan 2,636 kes dilaporkan hari ini. 

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes harian dilaporkan itu membabitkan 2,631 kes penularan tempatan dengan lima lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. 

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah jangkitan di Malaysia meningkat kepada 4,765,188 kes sejak penularan itu berlaku lebih dua tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here