KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menggunakan satu logo bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan majlis berkenaan, semalam.

“Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here